Monday, October 12, 2020

Selamat Menyambut Hari Merdeka 2020

SELAMAT MENYAMBUT HARI MEDEKA KE 63


31 Ogos 1957 negara kita telah mencapai kemerdekaan dibawah pimpinan Perdana Menteri pertama iaitu Tunku Abdul Rahman dengan 7 kali laungan "MERDEKA" di Stadium Merdeka. Merdeka bermaksud kita bebas dari jajahan kuasa luar dan kita boleh membentuk kerajaan sendiri. 

    Pada 31 Ogos 1957 juga telah melakar sejarah buat negara kita, dimana Malaysia telah  meraikan tarikh keramat ini sebagai Hari Kebangsaan Negara.

    Tema Hari Kemerdekaan kita pada TAHUN 2020 adalah 'Malaysia Prihatin' yang membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia perlu berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.

        Oleh itu, sebagaimana kita tahu, tahun 2020 kita menyambut hari kemerdekaan dengan sedikit kelainan di mana pada tahun ini seperti yang kita semua sedia maklum seluruh dunia telah mengalami serangan corona virus yang sangat berbahaya. Oleh itu tiada sambutan besar-besaran diadakan diseluruh negara lagi kerana kita prlu menjaga penjarakan sosial antara satu sama lain seperti yang di sarankan oleh kerajaan.


Di sekolah saya sambutan tahun ini tidak lagi seperti tahun tahun sebelum ini. kami perlu menjaga lebih kebersihan dengan memakai mask, memakai hand sanitizer dan mejaga jarak diantara satu sama lain. jadi tahun ini saya tidak mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan yang diadakan.

Saya sangat merindukan kenangan tahun tahun sebelum ini dimana saya sering mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan untuk mewakili kelas saya.

di bawah adalah gambar saya memasuki pertandingan yang diadakan;

saya mewakili kelas 4 ukm dan mendapat tempat ke-2



Basikal saya dan adik saya selepas siap di hias



 Ini sepupu saya Nurdini syazwani



Adik saya Ahmad Ashraf Aqil 4UTM




No comments:

Post a Comment