Osaka Japan 2018
Pada 19 jun 2018 iaitu pada Hari Raya Haji kedua saya dan keluarga ke Osaka Jepun. kami melawat ke beberapa tempat menarik di sana. kami ke sana pada musim tidak sejuk dan kebanyakan hari di sana adalah hujan. Hujan di sana tidak seperti di Malaysia kerana hujan disana tidak lebat dan ianya seperti gerimis dan sangat halus tetapi seluruh tempatnya akan hujan yang sama. Jika di malaysia hujannya lebat dan tidak disemua tempat akan mengalami hujan.
Kami banyak menaiki perkhidmatan awam mereka iaitu keretapi. kali ini kami menginap di sebuah rumah dua tingkat. sungguh menarik seperti rumah Nobita dalam cerita doraemon.
dibawah adalah gambar-gambar antara tempat yang telah kami lawati...
OSAKA CASTLE PARK
ARASHIYAMA BAMBOO GROVE
PENGINAPAN KAMI
Ini merupakan pengalaman pertama saya dan tiga lagi adik bersama Mummy & daddy pergi bercuti ke Osaka Jepun. Sebelum ini saya pernah juga mengikut mummy dan daddy ke Bali, Bandung, Singapura tetapi saya masih kecil ketika itu dan tidak berapa ingat.
Inilah pengalaman saya pada tahun 2018.
No comments:
Post a Comment