Monday, October 12, 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MARCH 2020

PERINTAH KAWALAN PEGERAKKAN 2020
 
Pada 16 Mac 2020 jam 10 malam waktu Malaysia, Perdana Menteri Malaysia,  Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi ucapan secara langsung di televisyen dan secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penykit berjangkit 1988 dan  Akta Polis 1967. Dengan pengumuman ini maka seluruh rakyat Malaysia perlu menjalani perintah berkurung bermula 18 march 2020 dan tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah dan merentasi daerah. Hanya ketua keluarga sahaja di benarkan untuk keluar membeli barang keperluan. Semua sekolah di seluruh negara juga telah diarahkan di tutup. 

Maka bermulalah aktiviti saya di rumah bersama ahli keluarga. Saya dan adik-adik saya sangat gerun mendengar perkataan covid-19 atau corona virus. setiap hari kes akan meningkat dan bila kematian pertama terjadi ia membuatkan kami sekeluarga lebih berhati-hati dan menjaga kebersihan. kami sangat tidak menerima kehadiran orang luar ke rumah dan ibu hanya berinteraksi dari dalam pagar.

Setelah dua minggu perintah kawalan pergerakan masih di teruskan dan kami sekeluarga mula membuat pelbagai aktiviti supaya dapat mengisi masa lapang selain dari membuat kerja sekolah yang telah di berikan oleh guru melalui whatsapp group ibubapa. 

Antara aktviti yang saya sekelurga lakukan adalah camping di luar rumah saya. kami memasang khemah dan memasak makanan di luar rumah. kami masih mengekalkan kawalan pergerakan kerana masih di dalam kawasan halamn rumah sendiri. 


Selain itu, ayah saya gemar membuat live food review semua makanan yang di masak oleh ibu saya. saya dan adik-adik akan membantu ibu dan ayah saya membuat persiapan sewaktu live itu di adakan. kami semua happy dengan aktiviti yang ibubapa saya buat sebab saya juga sudah mula bosan kerana tidak boleh keluar dari rumah. dibawah adalah gambar aktiviti live food review ayah saya:





Aktiviti lain yang kami lakukan adalah memasak donut, senaman aerobik, bermain trampolin dan ayah telah membelikan kolam renang kecil supaya kami adik beradik boleh melakukan lebih banyak aktiviti lain.. di bawah adalah ativiti yang telah kami lakukan:








Selain aktiviti atas rutin biasa saya lakukan adalah bermain game, membantu ibu mengemas, belajar mencuci pinggan, memasak nasi, melukis, whatsapp dengan kawan-kawan dan menonton television. 

Begitulah kisah pkp saya sekeluarga sehinggalah Bulan ramadhan tiba dan juga Hari Raya kami masih berhati-hati..


   

1 comment: